Gempak Most Wanted

"Yang Penting, Trending!" - Gempak Most Wanted merupakan sebuah rancangan carta interaktif mingguan memfokuskan segala yang trending, viral & sensasi di semua platform digital.Berkonsepkan ‘chart show', Gempak Most Wanted akan menyenaraikan kandungan hiburan atau video pendek Top 5 yang tular di pelbagai platform media sosial setiap minggu. Kandungan-kandungan ini dipilih berdasarkan pencalonan umum daripada orang awam dan jumlah undian daripada Netizen di gempak.com/gempakmostwanted.Memulakan siaran pada 28 September 2022 setelah mengambil alih rancangan Gempak TV dan menampilkan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson dan Sean Lee sebagai hos di studio. Manakala hos lokasi, Isha Norsham dan Daniel Cheang.Musim pertama bersiaran pada setiap hari Rabu, 9 malam. Manakala musim kedua bersiaran hari Rabu, 11 malam di Astro Ria, On Demand & Astro GO. Di penghujung musim, calon yang mengekalkan kedudukan dan undian tertinggi akan disenarai pendek bagi bertanding di Gempak Most Wanted Awards.

Gempak Most Wanted

Bahasa Bahasa Melayu, English
Tempoh siaran 30 minit seminggu
Negara asal Malaysia
Siaran asal 28 September 2022
Penerbit eksekutif Syazwan Zakariah, Nazihah Dalhar, Adly Syairi
Penerbit Blue Asyraff, Feyra Nasrom
Genre Chart Show, Entertainment, Digital
Bilangan musim 2 musim (2022 - kini)
Saluran asal Astro Ria
Pengacara Amelia Henderson, Sean Lee (2022 - kini)